Tuesday, 21 April 2020

HIBAH TAKAFUL


I-great Harapan Plus

                  Ye... harapan baru kepada individu yang mengalami rejection oleh syarikat-syarikat perlindungan takaful. Ini kerana masa ini adalah masa anda , peluang anda untuk anda memberi perhatian kepada keluarga. Jadi rancanglah perlindungan hibah amanah kepada keluarga agar kehidupan keluarga anda lebih terjaga pada masa depan.

             Skim perancangan ini memberi peluang kepada golongan berusia 19 -70 tahun yang telah menghidap penyakit kencing manis, kanser, jantung, buah pinggang atau lain-lain penyakit kritikal . Malah plan ini juga memberi perlindungan kepada individu yang mengalami berat badan yang tinggi iaitu obersiti untuk menyertai perlindungan ini tanpa perlu melalui sebarang bentuk medical check up. So,Say No untuk medical check up. Mudah saja kan??


Tawaran perancangan Hibah  mengikut umur  dari 50K- 250k dan pampasan berganda


                Anda perlu rancang sekarang!!! Ini kerana, plan ini hanya berlangsung limited offer dan akan berakhir pada 30 April 2020. Pada masa depan, belum diketahui adakah plan ini akan dibuka serendah sekarang dan untuk golongan yang sama. Bergantung kepada syarikat Great Eastern Takaful untuk menawarkan perancangan ini kepada anda melalui perunding-perunding yang diiktiraf. Jadi masa tidak menunggu anda. Buatlah keputusan bijak sekarang.


              Perancangan ini sangat membantu ketua keluarga dan orang penting yang menguruskan nafkah keluarga. Kenapa??? Ketua keluarga sering menjadi penaja mahupun CEO  dalam keluarga. Tentu sekali mempunyai hutang piutang, sewaan , jual beli segala barangan dan asset bagi sesebuah keluarga. Pastinya hutang anda paling tinggi dalam ahli keluarga anda. Betul bukan?? Perancangan ini memberi inisiatif kepada ketua keluarga merancang lebih-lebih lagi bila baru mengetahui diri mengalami sakit kronik dan membantu ketua keluarga tersebut bersedia dengan menyediakan wasiat terus kepada waris yang dikehendaki dengan konsep hibah tanpa perlu melalui proses amanah raya dan faraid. Yakinlah anda perlu rancang satu bentuk perancangan pelupusan hutang bagi membantu keluarga bernafas lega bila mengetahui segala bentuk risiko sudah ada yang bakal selesaikan iaitu syarikat penanggung risiko melalui Plan Harapan Plus.



               Ada ketua keluarga yang sering mempunyai waktu yang singkat bersama keluarga apabila keluar negara atas urusan pekerjaan. Perjalanan pergi dan balik dalam masa yang lama ke luar negara juga terdedah kepada kecelakaan dan kemalangan . Ini kerana kita tidak pasti apakah esok masih ada untuk kita. Tapi demi memenuhi keperluan keluarga kita gagahkan bekerja diluar bagi memastikan impian keluarga kita sentiasa dipenuhi. Isteri mahupun anak-anak sering risau akan kepergian kita dan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan kita. Oleh yang demikian, bagi memastikan impian keluarga kita tidak terkubur hanya sekadar angan-angan pada masa depan perancangan  transfer risiko ini amatlah penting kepada ketua keluarga yang sering meninggalkan keluarga untuk urusan kerja yang singkat atau lama diluar negara. 


              Tentu sekali rasa tenangkan sekiranya  ibadah kita dapat dipenuhi lebih-lebih lagi bila masalah kesihatan  merentap keupayaan diri. Oleh yang demikian  perancangan ini juga menyediakan khidmat badal haji apabila kita sudah tiada. Perkhidmatan ini sangat membantu keluarga mengurangkan bebanan bagi memastikan segala bentuk ibadah kita sudah dipenuhi.  .

            Bila bercakap soal sedekah dan amal jariah sememangnya memberi pahala dan kelebihan sehingga ke jannah. Oleh yang demikian perkhidmatan wakaf juga disediakan jika anda berminat untuk memberi wakaf kepada mana-mana institusi yang anda inginkan.

            Perancangan berganda yang ada dalam perancangan ini ialah:
  • 1x pampasan kematian dan lumpuh kekal (kemalangan)
  • 2x pampasan kematian akibat  kemalangan jalan raya di Malaysia
  • 3x pampasan kematian akibat spesific events (kebakaran hotel,elevator dan lift  serta penggangkutan awam)
  • 4x pampasan kematian akibat kemalangan jalan raya diluar negara




Jom ikuti telegram saya sekarang di https://t.me/deerahzaki untuk mengetahui info terbaru.


"Mula sekarang, anda mampu demi keluarga"

Sekian,

Deerah Zaki
Perunding
Great Eastern Takaful
          


             







Monday, 20 April 2020

PERLINDUNGAN TAKAFUL SEMASA RM0

PERLU  KA TAKAFUL MUSIM RM0 NI??


               Penghujung tahun 2019 di Wuhan, China digembarkan dengan satu wabak iaitu Coronavirus (CoV) . Wabak ini dipercayai akibat dari haiwan kelawar yang akhirnya menjangkiti manusia. Dari keadaan wabak ini hanya berlaku di Wuhan akhirnya telah merebak diserata dunia. Dari kes ini adalah Endemik (terkawal) kini telah berlarutan menjadi pendemik (tak terkawal) seluruh dunia. 2019-nCoV kini menjadi perhatian dunia, bayangkan sudah beberapa bulan sudah berlalu dari Disember 2019 dilaporkan masih tidak ada tanda aras wabak ini akan reda dengan cepat. 



Tahap jangkitan Covid19

              Di Malaysia, kerajaan mula memandang serius wabak ini dan akhirnya pada 18 Mac 2020 rakyat mulai dikehendaki mematuhi perintah kawalan pergerakkan. Pelbagai suka dan duka terjadi seiring pematuhan pergerakkan. Pada awalnya, mask dan hand sanitizer menjadi keutamaan penting untuk melindungi kebersihan diri dari bakteria dan jangkitan melalui penafasan. Pentingkan 2 alat ini. Sehinggakan stock di hospital dan kedai-kedai tiada serta harga jualan yang melambung tinggi . Disebabkan faktor "demand" ramai peniaga bermusim menjual secara meluas. Ada ketikanya bahan pencuci seperti Dettol juga diperlukan sehingga tiada stock. Malah roti gardenia yang sering tidak dipandang juga clear diatas rak. Emm... mungkin musim RM0 ni banyak resepi roti yang jadi santapan keluarga tercinta. 

           Sejak RM0 ini kita dapat lihat beberapa keletah lucu ketua keluarga. Antaranya baju kelawar isteri dijadikan pakaian harian si suami. Mungkin faktor keselesaan. Pengumuman perdana menteri mencadangkan ketua keluarga sebagai wakil yang hanya dibenarkan keluar rumah menjadi satu krisis kepada jejaka-jejaka mahupun suami yang belum pernah diberikan tugas sebegini. Apa tidaknya mereka  perlu struggle cari barang dapur yang betul apabila dipesan oleh ibu atau isteri. Lebih-lebih lagi hanya seorang wakil dibenarkan untuk membeli barang keperluan. Walaupun anda jejaka-jejaka mahupun suami kesana sini berseorangan, ketahuilah anda adalah hero yang melindungi keluarga anda. Andalah frontliner mereka. Begitu hebatkan keadaan pada musim kawalan pergerakkan setelah melepasi tempoh full moon ini.  


                 Rata-rata rakyat di Malaysia kini tidak dapat bekerja seperti biasa . Akibatnya punca rezeki tidak dapat disalur kepada keluarga terutamanya keluarga yang bergantung kepada makan gaji. Oleh sebab itu, kerajaan telah  mencadangkan beberapa alternatif ransangan ekonomi prihatin yang membantu mengurangkan beban rakyat. Antara alternatif yang membantu ialah Mysalam. Sebelum ini hanya diberi kepada B40 yang menerima Brim atau BSH. Kini disebabkan covid 19 manfaat elaun wad sebanyak rm50 sehari diberikan kepada pesakit yang bermalam dihospital. Oleh demikian, bagi anda yang ingin mendapatkan manfaat ni boleh berdaftar dan check balik kelayakkan anda di : My Salam


Portal mySalam



            Bagi yang mampu banyak syarikat takaful di Malaysia masih lagi beroperasi seperti biasa. Misalnya Great eastern takaful ada menawarkan plan perlindungan hibah murah sehingga 30 April 2020 serendah rm14 sahaja iaitu Igreat harapan Plus. Tambahan, plan ini boleh dimohon walau sudah ada penyakit. Bagi ketua keluarga amatlah disarankan kerana hanya apply satu skim anda telah melindungi semua ahli keluarga anda dengan meringankan risiko bebanan kehidupan. 

                 

Pastikan anda mempunyai 3 perlindungan ini. 

Manfaat Tambahan kepada pelanggan great eastern takaful
*rm200/day elaun wad
*pampasan 20,000 tambahan
*percuma kepada waris terdekat


Pasangan dan anak-anak bawah 18 tahun dilindungi

           Oleh itu, rancanglah perlindungan yang mampu bagi memberi manfaat kepada keluarga yang anda cintai. Anda merupakan pelindung utama dan frontliner keluarga.  Jadi bertindaklah sebagai wakil barisan hadapan untuk merancang skim perlindungan diri yang memberi manfaat automatik secara percuma kepada seluruh keluarga anda.

Jom ikuti telegram saya sekarang di https://t.me/deerahzaki untuk mengetahui info terbaru.

Sekian,

Deerah Zaki
Perunding Great Eastern Takaful
0174526475








Friday, 17 April 2020

ASAS PERANCANGAN MASA DEPAN



FINANCIAL PRIORITY



Perancangan Kewangan perlu menjadi keutamaan dan tulang belakang dalam kehidupan kita. Salah satu Model perancangan yang menjadi paksi adalah MODEL FINANCIAL TRIANGLE. Model ini diperkenalkan oleh perancang kewangan untuk memberi satu gambaran mudah asas perancangan kewangan kerana seseorang itu sering kali ragu-ragu dan tidak mengetahui keperluan utama yang perlu dipilih.

Buat kira-kira


1. Takaful/insuran 
Perancangan kewangan terletak pada bahagian tapak yang mempunyai saiz yang besar dan mempunyai keutamaan yang paling penting. Takaful atau insuran mempunyai definisi berbeza tetapi mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk menyediakan wang kecemasan apabila berlaku musibah.

Terdapat 2 jenis takaful/insuran iaitu Life dan medical card:

a)Takaful life = INCOME REPLACEMENT apabila berlaku  3D iaitu Disability , Diseases , Death (lumpuh kekal, penyakit, kematian). Golongan yang wajib mempunyai perancangan ini adalah ketua keluarga (breadwinner) . Ini kerana mereka ini yang menyara keluarga dan menyediakan keperluan serta kehendak setiap ahli dalam keluarga. Oleh sebab itu, takaful life menyediakan perlindungan (sum covered) dalam bentuk jumlah yang besar sebagai ganti kepada income yang hilang akibat musibah yang menimpa. Rata -rata syarikat takaful life menyediakan perkhidmatan penamaan hibah yang boleh diwarisi terus oleh penerima tanpa melalui proses Faraid. Konsep hibah ini boleh dinamakan terus kepada sesiapa sahaja walau tanpa pertalian darah. Jadi memudahkan urusan waris untuk menyelesaikan hutang piutang, keperluan asas dan pendidikan anak-anak tanpa menunggu masa yang lama. 


b)Takaful Med = Melindungi atau pindahan risiko diri kepada syarikat penanggung apabila berlaku musibah sakit dan memerlukan kos rawatan yang tinggi di hospital. Perlindungan rawatan ini amat penting sebagai emergency money untuk menanggung kos rawatan supaya bila kejadian tak diingini berlaku kita tidak perlu untuk mengorek tabung simpanan berpuluh-puluh tahun semata-mata untuk melunaskan bil-bil rawatan.

Oleh sebab itu, TAKAFUL/INSURAN merupakan priority pertama kerana berfungsi untuk melindungi simpanan kita bagi tujuan menyara keluarga bagi 3 (3D)keadaan tersebut .



2. Simpanan Kecemasan (emergency fund /Contigency saving) = simpanan 6-36 bulan dari jumlah 
gaji. Simpanan ini bertujuan sebagai simpanan kecemasan untuk tujuan terdesak yang memerlukan 
perhatian segera. Contoh: kos rawatan klinik, baiki kereta, bantuan kilat dan kecemasan.

Antara ciri-ciri platform simpanan kecemasan : 
a) mudah dikeluarkan dan dipindahkan 
b) tidak susut nilai akibat Market Value yang berubah- ubah

Antara platform simpanan :
a) saving accountant- ATM card / online bank in (0.8- 1%)
b) Tabung Haji , ASB , Fixed deposit (4 to 7%)



3) Future saving ialah simpanan yang disediakan untuk kegunaan masa hadapan biasanya untuk 5 tahun dan keatas. 

Antara tujuan simpanan: 
a) Perkahwinan
b) Haji / umrah
c) Beli rumah
d) Persaraan 
e)Pendidikan anak-anak

Bagi tujuan memudahkan impian dicapai dan perancangan lebih sistematik  platform seperti EPF (KWSP), unit amanah (UT) dan private retirement scheme (PRS) amat bagus membantu menjana simpanan tambahan masa depan. Misalnya simpanan UT dan PRS merupakan antara platform yang memberi nilai tambah untuk mencapai tujuan simpanan masa depan kerana memberi pulangan sekurang-kurangnya 8%  setahun. 


Buat pelaburan bijak. Bijak menilai bijak la pengurusan masa depan

Niilai tambah untuk kehidupan masa depan

Tabunga masa depan

4. GOLD dan PROPERTY sebagai asset

Mengumpul emas amat digalakkan kerana tidak susut nilai dan mudah dicairkan. Untuk mengumpul emas kita perlu melihat nilai belian dan jualan untuk memperoleh nilai keuntungan. 

Perlaburan hartanah juga bagus bagi menjana gaji tambahan bagi individu jika mahir dan menguasai ilmu ini. Cabaran dalam bidang PROPERTY ini adalah kenaikan kos pinjaman pembelian rumah vs kadar sewa yang dikenakan kepada penyewa dan cabaran penjualan kepada pembeli kerana asset ini sukar untuk dicairkan. Selain itu pembelian tanah pada harga murah memberikan keuntungan dikemudian hari disebabkan harga "market price" yang meningkat saban waktu.

Apa yang bagusnya kedua-dua perancangan ini. memberi keuntungan dan mengembangkan kekayaan kerana ianya merupakan asset yang sangat bernilai.



5. Wasiat = merupakan satu bentuk perancangan agihan harta kepada waris. Setiap asset yang kita sediakan menurut Financial property triangle memerlukan tampungan wasiat. Ini kerana wasiat memastikan waris yang berhak dapat memiliki dan mentadbir asset- asset yang ditinggalkan apabila berlaku kematian. Hikmah terbesar wasiat adalah untuk  menggelakkan perpecahan akibat perebutan harta yang ditinggalkan antara waris. Tambahan jika meninggalkan harta yang sangat tinggi nilainya. Terutama melibatkan asset seperti GOLD & PROPERTY.

        Jom ikuti telegram saya sekarang di https://t.me/deerahzaki untuk mengetahui info terbaru.

Sekian,

Deerah Zaki
Perunding Great Eastern Takaful
0174526475