FINANCIAL PRIORITY
Perancangan Kewangan perlu menjadi keutamaan dan tulang belakang dalam kehidupan kita. Salah satu Model perancangan yang menjadi paksi adalah MODEL FINANCIAL TRIANGLE. Model ini diperkenalkan oleh perancang kewangan untuk memberi satu gambaran mudah asas perancangan kewangan kerana seseorang itu sering kali ragu-ragu dan tidak mengetahui keperluan utama yang perlu dipilih.
![]() |
Buat kira-kira |
1. Takaful/insuran
Perancangan kewangan terletak pada bahagian tapak yang mempunyai saiz yang besar dan mempunyai keutamaan yang paling penting. Takaful atau insuran mempunyai definisi berbeza tetapi mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk menyediakan wang kecemasan apabila berlaku musibah.
Terdapat 2 jenis takaful/insuran iaitu Life dan medical card:
a)Takaful life = INCOME REPLACEMENT apabila berlaku 3D iaitu Disability , Diseases , Death (lumpuh kekal, penyakit, kematian). Golongan yang wajib mempunyai perancangan ini adalah ketua keluarga (breadwinner) . Ini kerana mereka ini yang menyara keluarga dan menyediakan keperluan serta kehendak setiap ahli dalam keluarga. Oleh sebab itu, takaful life menyediakan perlindungan (sum covered) dalam bentuk jumlah yang besar sebagai ganti kepada income yang hilang akibat musibah yang menimpa. Rata -rata syarikat takaful life menyediakan perkhidmatan penamaan hibah yang boleh diwarisi terus oleh penerima tanpa melalui proses Faraid. Konsep hibah ini boleh dinamakan terus kepada sesiapa sahaja walau tanpa pertalian darah. Jadi memudahkan urusan waris untuk menyelesaikan hutang piutang, keperluan asas dan pendidikan anak-anak tanpa menunggu masa yang lama.
b)Takaful Med = Melindungi atau pindahan risiko diri kepada syarikat penanggung apabila berlaku musibah sakit dan memerlukan kos rawatan yang tinggi di hospital. Perlindungan rawatan ini amat penting sebagai emergency money untuk menanggung kos rawatan supaya bila kejadian tak diingini berlaku kita tidak perlu untuk mengorek tabung simpanan berpuluh-puluh tahun semata-mata untuk melunaskan bil-bil rawatan.
Oleh sebab itu, TAKAFUL/INSURAN merupakan priority pertama kerana berfungsi untuk melindungi simpanan kita bagi tujuan menyara keluarga bagi 3 (3D)keadaan tersebut .
2. Simpanan Kecemasan (emergency fund /Contigency saving) = simpanan 6-36 bulan dari jumlah
gaji. Simpanan ini bertujuan sebagai simpanan kecemasan untuk tujuan terdesak yang memerlukan
perhatian segera. Contoh: kos rawatan klinik, baiki kereta, bantuan kilat dan kecemasan.
Antara ciri-ciri platform simpanan kecemasan :
a) mudah dikeluarkan dan dipindahkan
b) tidak susut nilai akibat Market Value yang berubah- ubah
Antara platform simpanan :
a) saving accountant- ATM card / online bank in (0.8- 1%)
b) Tabung Haji , ASB , Fixed deposit (4 to 7%)
3) Future saving ialah simpanan yang disediakan untuk kegunaan masa hadapan biasanya untuk 5 tahun dan keatas.
Antara tujuan simpanan:
a) Perkahwinan
b) Haji / umrah
c) Beli rumah
d) Persaraan
e)Pendidikan anak-anak
Bagi tujuan memudahkan impian dicapai dan perancangan lebih sistematik platform seperti EPF (KWSP), unit amanah (UT) dan private retirement scheme (PRS) amat bagus membantu menjana simpanan tambahan masa depan. Misalnya simpanan UT dan PRS merupakan antara platform yang memberi nilai tambah untuk mencapai tujuan simpanan masa depan kerana memberi pulangan sekurang-kurangnya 8% setahun.
![]() |
Buat pelaburan bijak. Bijak menilai bijak la pengurusan masa depan |
![]() |
Niilai tambah untuk kehidupan masa depan |
![]() |
Tabunga masa depan |
Mengumpul emas amat digalakkan kerana tidak susut nilai dan mudah dicairkan. Untuk mengumpul emas kita perlu melihat nilai belian dan jualan untuk memperoleh nilai keuntungan.
Perlaburan hartanah juga bagus bagi menjana gaji tambahan bagi individu jika mahir dan menguasai ilmu ini. Cabaran dalam bidang PROPERTY ini adalah kenaikan kos pinjaman pembelian rumah vs kadar sewa yang dikenakan kepada penyewa dan cabaran penjualan kepada pembeli kerana asset ini sukar untuk dicairkan. Selain itu pembelian tanah pada harga murah memberikan keuntungan dikemudian hari disebabkan harga "market price" yang meningkat saban waktu.
Apa yang bagusnya kedua-dua perancangan ini. memberi keuntungan dan mengembangkan kekayaan kerana ianya merupakan asset yang sangat bernilai.
5. Wasiat = merupakan satu bentuk perancangan agihan harta kepada waris. Setiap asset yang kita sediakan menurut Financial property triangle memerlukan tampungan wasiat. Ini kerana wasiat memastikan waris yang berhak dapat memiliki dan mentadbir asset- asset yang ditinggalkan apabila berlaku kematian. Hikmah terbesar wasiat adalah untuk menggelakkan perpecahan akibat perebutan harta yang ditinggalkan antara waris. Tambahan jika meninggalkan harta yang sangat tinggi nilainya. Terutama melibatkan asset seperti GOLD & PROPERTY.
Sekian,
Deerah Zaki
Perunding Great Eastern Takaful
0174526475
No comments:
Post a Comment