PERLU KA TAKAFUL MUSIM RM0 NI??
Penghujung tahun 2019 di Wuhan, China digembarkan dengan satu wabak iaitu Coronavirus (CoV) . Wabak ini dipercayai akibat dari haiwan kelawar yang akhirnya menjangkiti manusia. Dari keadaan wabak ini hanya berlaku di Wuhan akhirnya telah merebak diserata dunia. Dari kes ini adalah Endemik (terkawal) kini telah berlarutan menjadi pendemik (tak terkawal) seluruh dunia. 2019-nCoV kini menjadi perhatian dunia, bayangkan sudah beberapa bulan sudah berlalu dari Disember 2019 dilaporkan masih tidak ada tanda aras wabak ini akan reda dengan cepat.
![]() |
Tahap jangkitan Covid19 |
Di Malaysia, kerajaan mula memandang serius wabak ini dan akhirnya pada 18 Mac 2020 rakyat mulai dikehendaki mematuhi perintah kawalan pergerakkan. Pelbagai suka dan duka terjadi seiring pematuhan pergerakkan. Pada awalnya, mask dan hand sanitizer menjadi keutamaan penting untuk melindungi kebersihan diri dari bakteria dan jangkitan melalui penafasan. Pentingkan 2 alat ini. Sehinggakan stock di hospital dan kedai-kedai tiada serta harga jualan yang melambung tinggi . Disebabkan faktor "demand" ramai peniaga bermusim menjual secara meluas. Ada ketikanya bahan pencuci seperti Dettol juga diperlukan sehingga tiada stock. Malah roti gardenia yang sering tidak dipandang juga clear diatas rak. Emm... mungkin musim RM0 ni banyak resepi roti yang jadi santapan keluarga tercinta.
Sejak RM0 ini kita dapat lihat beberapa keletah lucu ketua keluarga. Antaranya baju kelawar isteri dijadikan pakaian harian si suami. Mungkin faktor keselesaan. Pengumuman perdana menteri mencadangkan ketua keluarga sebagai wakil yang hanya dibenarkan keluar rumah menjadi satu krisis kepada jejaka-jejaka mahupun suami yang belum pernah diberikan tugas sebegini. Apa tidaknya mereka perlu struggle cari barang dapur yang betul apabila dipesan oleh ibu atau isteri. Lebih-lebih lagi hanya seorang wakil dibenarkan untuk membeli barang keperluan. Walaupun anda jejaka-jejaka mahupun suami kesana sini berseorangan, ketahuilah anda adalah hero yang melindungi keluarga anda. Andalah frontliner mereka. Begitu hebatkan keadaan pada musim kawalan pergerakkan setelah melepasi tempoh full moon ini.
Rata-rata rakyat di Malaysia kini tidak dapat bekerja seperti biasa . Akibatnya punca rezeki tidak dapat disalur kepada keluarga terutamanya keluarga yang bergantung kepada makan gaji. Oleh sebab itu, kerajaan telah mencadangkan beberapa alternatif ransangan ekonomi prihatin yang membantu mengurangkan beban rakyat. Antara alternatif yang membantu ialah Mysalam. Sebelum ini hanya diberi kepada B40 yang menerima Brim atau BSH. Kini disebabkan covid 19 manfaat elaun wad sebanyak rm50 sehari diberikan kepada pesakit yang bermalam dihospital. Oleh demikian, bagi anda yang ingin mendapatkan manfaat ni boleh berdaftar dan check balik kelayakkan anda di : My Salam
![]() |
Portal mySalam |
Bagi yang mampu banyak syarikat takaful di Malaysia masih lagi beroperasi seperti biasa. Misalnya Great eastern takaful ada menawarkan plan perlindungan hibah murah sehingga 30 April 2020 serendah rm14 sahaja iaitu Igreat harapan Plus. Tambahan, plan ini boleh dimohon walau sudah ada penyakit. Bagi ketua keluarga amatlah disarankan kerana hanya apply satu skim anda telah melindungi semua ahli keluarga anda dengan meringankan risiko bebanan kehidupan.
![]() |
Pastikan anda mempunyai 3 perlindungan ini. |
![]() |
Manfaat Tambahan kepada pelanggan great eastern takaful *rm200/day elaun wad *pampasan 20,000 tambahan *percuma kepada waris terdekat |
![]() |
Pasangan dan anak-anak bawah 18 tahun dilindungi |
Oleh itu, rancanglah perlindungan yang mampu bagi memberi manfaat kepada keluarga yang anda cintai. Anda merupakan pelindung utama dan frontliner keluarga. Jadi bertindaklah sebagai wakil barisan hadapan untuk merancang skim perlindungan diri yang memberi manfaat automatik secara percuma kepada seluruh keluarga anda.
Jom ikuti telegram saya sekarang di https://t.me/deerahzaki untuk mengetahui info terbaru.
Sekian,
Deerah Zaki
Perunding Great Eastern Takaful
0174526475
No comments:
Post a Comment