Jika anda baru sahaja menerima kad perubatan (medical card) .Tahniah!! anda telah dilindungi dengan memberikan risiko tersebut ditanggung oleh syarikat penanggung risiko iaitu Takaful . Namun begitu, anda perlu mengetahui syarat-syarat tempoh validity kad anda tersebut untuk beberapa keadaan .
Penerangan
1) Tarikh Kuatkuasa - Melindungi peserta daripada kos rawatan hospital akibat kemalangan sahaja dalam tempoh 24 jam selepas berkuat kuasa
2) Selepas 1 bulan (30 hari) - Mula melindungi peserta daripada kos rawatan hospital akibat penyakit-penyakit biasa kecuali penyakit-penyakit spesifik. Kos rawatan perlu di bayar dahulu dan tuntutan secara manual perlu di buat.
3) Selepas 60/90 hari- penyakit lain2 dan penyakit kritikal boleh dilindungi pihak syarikat. Namun perlu membuat bayaran dahulu kepada pihak hospital kemudian membuat tuntutan secara manual kepada pihak syarikat (Adakalanya perlu menjalani siasatan oleh pihak syarikat disebabkan pengesahan sakit adalah dibawah tempoh yang amat minima dan meragukan pihak syarikat. Oleh sebab itu, Rancanglah di usia muda semasa sihat.)
4) Selepas 4 bulan (120 hari)- Kad boleh di gunakan di Hospital Panel bagi kemasukan ke wad tanpa halangan guarantee letter approve melibatkan kos rawatan hospital akibat penyakit-penyakit spesifik. Namun ada kalanya jika penyakit dirawat bukan dalam kadar penyakit spesifik dan kurang dari tempoh 2 tahun berkemungkinan pihak company yang menanggung risiko akan membuat siasatan lanjut (kebiasaan mengambil masa 3 bulan. namun ada kalanya disebabkan kekangan pihak hospital mempunyai tempoh 1 -2 bulan untuk pengesahan menyebabkan tempoh proses pihak syarikat juga mengambil mas.Jadi Kemungkinan siasatan mengambil masa yang lama. Oleh itu, dalam tempoh ini diharap pencarum bersabar dengan siasatan yang dijalankan ).
5) Contestible period-tempoh yang membenarkan syarikat Insurance atau takaful untuk melakukan penyiasatan lanjut ke atas claim/tuntutan yang di buat oleh peserta takaful dalam tempoh kurang dari 2 tahun dari tarikh polisi berkuat kuasa. Bagi memastikan plan medical card mudah dilindungi saya nasihatkan plan-plan anda perlulah melebihi tempoh dua tahun bagi memastikan kemudahan pihak diri sendiri untuk membuat tuntutan.
Secara ringkas, Kad ini tidak memberi perlindungan penuh secara serta-merta. Setiap orang perlu mamatuhi syarat-syarat yang ditetapkan pihak syarikat yang melindungi diri anda. Oleh itu, jika anda fikir kad ini dapat membantu di masa-masa kecemasan, jangan bertangguh lagi untuk mendapatkannya kerana kita tidak tahu bila sebenarnya ia akan diperlukan.
Mulakan sekarang 😊.
Jika anda suka dengan article ini, jangan lupa subscribe youtube channel saya dan boleh ikuti telegram , tweeter, facebook dan instagram saya di link ini. Klik link .
Penerangan di Youtube Deerah Zaki Channel
Takaful Advisor
No comments:
Post a Comment