Hai! Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Saya doakan semoga semua yang membaca artikel ini berada dalam keadaan sihat sejahtera terutamanya pada musim C19 sekarang ni. Tahun paling mencabar 2019,2020 dan 2021 pelbagai isu ekonomi, politik , kesihatan dan isu kekeluargaan yang menyentuh hati dan memberi ikhtibar kepada kita.
Kali ini saya ingin menerangkan 1 rider kemalangan yang sangat istimewa di Great Eastren Takaful. Rider itu dinamakan Comprehensive Accidental Benefits Xtra atau lebih mudah disebut sebagai i-CABX. i-CABX merupakan rider khusus untuk kemalangan yang menampilkan 10 manfaat yang tersembunyi dalam 1 plan.
Bagaimana rider ini berfungsi?
..............................................................
Contoh pelindungan yang di ambil RM100,000
1. Pampasan Kematian akibat kemalangan, 90 hari dari tarikh kemalangan – RM100,000
2. Pampasan berganda Jika kematian melibatkan kenderaan awam, 90 hari dari tarikh kemalangan (selain daripada kereta kabel, teksi, kereta sewa atau sebarang jenis pengangkutan yang disewa bagi perjalanan peribadi) – RM200,000
3. Pampasan Hilang Upaya Penuh kekal (HUPK) akibat kemalangan sekurang-kurangnya 6 bulan berturut-turut dari tarikh hilang upaya – RM100,000
4. Hilang upaya kekal dalam tempoh 90 hari dari kecederaan kemalangan – mengikut peratusan daripada Jumlah Perlindungan
5. Kenaikan had pampasan sebanyak 5% setiap tahun secara percuma sehingga 10 tahun – RM5,000 sehingga RM50,000
6. Pampasan lumpuh sementara (MC minimum 7 hari) – RM750 seminggu
7. Pampasan lumpuh separa (kerja ringan minimum 7 hari) – RM RM175
8. Pampasan elaun ehsan kematian akibat kemalangan (5% daripada had pelindungan) – RM5,000
9. Rawatan pesakit luar akibat kemalangan – RM2,500 bagi setiap kemalangan
10. Elaun Hospital kerajaan akibat kemalangan (Minimum 7 hari) – RM300
Lain-lain kejadian kemalangan : Contoh pelindungan yang di ambil RM30,000
1- Jamal meninggal dalam kemalangan antara keretanya dengan sebuah lori. Jamal layak mendapat pampasan kematian akibat kemalangan sebagai tambahan kepada pampasan kematian yg asas. Jadi, jika pampasan kematian asas RM100,000 + pampasan kematian akibat kemalangan dari i-CABX RM30,000 = RM130,000
2- Iskandar mengalami kematian semasa menaiki feri awam yg karam di lautan. Iskandar layak menerima RM60,000 (RM30,000 X 2) sebagai pampasan kematian berganda akibat kemalangan dalam kenderaan awam.
3- Kamil mengalami kemalangan sehingga tangannya patah. Kamil menjalani pembedahan dan rawatan menggunakan medical card Great Eastern Takaful (rider lain). Kamil mendapat MC selama 4 bulan. Oleh kerana Kamil juga mengambil rider i-CABX, maka Kamil layak mendapat elaun MC akibat kemalangan sebanyak RM225 seminggu. RM225 X 16 minggu = RM3,600.
4- Suri terputus jari kelingking semasa menggunakan mesin canai. Suri layak menerima 5% dari nilai i-CABX iaitu sebanyak RM1500 (5% X RM30,000)
...........................................................................................................
Kemalangan bukanlah hanya tertakluk kepada kemalangan jalan raya. Ada juga keadaan dimana mengalami "self accident" disebabkan kecuaian sendiri dan pengaruh dari faktor keadaan sekeliling.
Contoh situasi yang sering berlaku kepada client saya
1- Tangan terjerut semasa rawatan di hospital sehingga luka di bahagian pergelangan tangan dan tangan tidak dapat bergerak seperti sediakala sehingga diagnosis mengelaskan sebagai carpal tunnel symptom sementara. Ceritanya begini. Anda bayangkan keadaan client saya mengalami demam panas secara tiba-tiba menyebabkan beliau berhalusinasi kerana kepenatan terlampau. Ahli keluarga telah membawa ke hospital kerajaan. Disebabkan keaadaan beliau yang agresif. pihak hospital terpaksa mengikat pergelangan tangan pesakit ini pada katil hospital. Bayangkan berbulan-bulan di hospital telah menyebabkan kecederaan pada lengan tangan tanpa disedari. Alhamdulillah pihak Great Eastern Takaful telah memberi lebih RM2000 pampasan untuk keadaan cuti sakit(MC) beliau ini.
2- Jatuh longkang semasa melompat longkang di depan nasi kandar subaidah waktu hujan lebat. Perasaan yang terlampau teruja keluar bersama rakan waktu hujan untuk makan nasi kandar bertukar tragedi apabila terjatuh kaki tidak sampai pada permukaan tepi longkang tersebut. Jadilah seperti nangka busuk katanya. Jatuh sehingga meyebabkan pergelangan kaki retak. akhirnya terpaksa menggunakan tongkat dan bersemen. Great Eastern Takaful telah membayar pampasan cuti (MC) sebanyak RM1000 kerana cuti sakit melebihi sebulan.
3- Gas meletup di rumah. Siapa sangka hari menjadi mendung tiba-tiba. Bayangkan dalam kita menghadapi C19 ini gas meletup tanpa disangka-sangka. Nasib baik client saya mempunyai medical card (plan lain) untuk perlindungan membayar semua bil hospital. Disebabkan plan ini diklasifikasi sebagai kemalangan, tuntutan cuti sakit ini boleh dituntut. Keadaan client saya ini adalah tahap 2. pada bahagian tangan , muka dan kaki. Agak ngeri setelah berlaku letupan. Alhamdulillah sekarang dalam proses pemulihan dan menunggu baki cuti rehat beliau.
4. Kemalangan motosikal bertembung dengan lori pada selekoh cenuram bukit. Ngerikan perasaan bila kita bayangkan. Mungkin ada kata, terselamat tak???. Ya atau tidak. Melihat dari kesan pada lori tersebut mungkin cliet saya ini pasti sudah dijemput ilahi. Alhamdulillah client saya masih hidup. Beliau hanya mengalami kecederaan dan retak pada kedua kaki. Tiada pembedahan dijalankan. Bayangkan Client saya ini hanya membuat CABX dengan saya. Medical card pula dengan pihak syarikat bekerja namun perlindungan sangat kecil. Baru menginap 1 malam terus mintak pulang setelah rawatan. Alhamdulillah adanya perlindungan ini, 3 bulan cuti beliau boleh dituntut . Lebih RM4000 telah dibayar pihak Great Eastern disebabkan cuti sakit beliau itu. Kata client saya perlindungan ini sangat membantu untuk sambungan cuti pada bulan ke empat dan kelima apabila beliau menerima surat memo dari majikan perlu menghentikan bayaran gaji pada bulan ke empat dan keatas jika masih bercuti sakit. Mungkin ada kata pampasan insuran kenderaan pasti ada. Tahukah anda proses tuntutan claim untuk kemalangan adalah lebih lama prosedurnya. mungkin 3 bulan, mungkin 6 bulan , mungkin setahun ada rakan saya tahun ke 3 baru menerima pampasan atas kemalangan tersebut. Dari segi logik kita perlu ada cash bulanan untuk bayaran urusan kehidupan dan komitmen bulanan. Anda mampu tunggu??. Nampakkan kepentingannya di sini. Bila tidak menerima musibah kita sentiasa yakin pada syarikat kita bekerja . Tetapi bila keadaan kita tidak diizinkan untuk bekerja selepas bulan ketiga sudah hilang mata pencarian.
..............................................................................................................
Ada juga kemalangan dikecualikan
1. Kemalangan cari penyakit. Selalunya Apa-apa jenis kemalangan pun boleh seperti kemalangan semasa bersukan. Rider i-CABX ini sangat penting kepada individu yg lasak lagi aktif. Namun rider ini ada pengecualian jugak. Contohnya kemalangan sebab salah lompat masa buat bungee jumping, GET tak cover. Sebab itu dikategorikan sebagai masalah cari sendiri.
Jika anda suka dengan article ini, jangan lupa subscribe youtube channel saya dan boleh ikuti telegram , tweeter, facebook dan instagram saya di link ini. Klik link .
Sekian,
Deerah Zaki
Perunding Takaful Great Eastern